wrapper

Berita Terkini

الأحد 28 ربيع الأوّل 1439   |   Sunday December 17 2017

BANGI - Buat julung kalinya, ahli Penulis Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (PenaWan) telah memenangi Pertandingan Penulisan Skrip Filem Pendek Dakwah anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan KUISCELL di sini.

Dr. Umi Kalthum Ngah dan Puan Norlaily Aminuddin telah berjaya memenangi dua daripada empat tempat utama manakala Dr Naza Sani dan Puan Norazian Sharif telah mendapat tempat saguhati.

“Pemurniaan skrip telah dilaksanakan oleh pasukan produksi secara dialog bersama dengan empat pemenang utama,” ujar Dr. Umi Kalthum.

Dalam pada itu, beliau tidak menyangka Ustaz Don Danial Don Biyajid turut berada dalam pasukan tersebut bagi memberi idea-idea tambahan.

“Empat skrip pemenang utama itu, kemungkinan besar mahu dipasarkan ke peringkat antarabangsa, insya-Allah,” beliau memaklumkan.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dr. Umi berkata, sungguh tiada langsung menyangka rezeki tersebut menjadi miliknya.

  

Dr. Umi Kalthum dan Puan Norlaily menerima hadiah

“Pagi 28 September lalu bertempat di Bilik Mesyuarat FPI, UKM kami hadir bagi melihat dan mengetahui gambaran skrip yang harus dihasilkan serta apa yang perlu ada pada skrip filem selama 7 hingga 8 minit ini.”

Sebelumnya, beliau mengikuti Bengkel Penghasilan Skrip Filem Pendek Dakwah dengan yuran penyertaan RM30 sahaja.

“Menjelang tengah hari, sesi kerja dan kami bergelut sakan. Pada petangnya pula, sesi pitching (seperti viva voice), seakan jual hasil kerja.”

Tambahnya lagi menceritakan detik-detik awal terlibat dalam pertandingan ini, panel pula bukannya calang-calang iaitu terdiri daripada para pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM, diketuai oleh Ketua Pasukan Produksi, Tn. Md. Rozalafari Johor (KUISCELL) yang bakal menerbitkan terus skrip yang menang itu.

“Empat pemenang utama Skrip Filem Pendek Dakwah akan mendapat peruntukan RM7,000 hingga RM10,000 di bawah geran penyelidikan Dr. Rosmawati Mohamad Rasit.”  

Sebelumnya enam orang ahli PenaWan telah mengambil bahagian, menghantar dan melalui proses pitching iaitu Dr Umi Kalthum Ngah, Puan Farah Shahira, Puan Sazira Aziz, Dr. Naza Sani, Puan Norlaily Aminuddin dan Puan Norazian Shariff.

“Masing-masing kecut perut, gementar semasa sesi pitching,” ujar beliau mengimbas rentetan yang dilalui.

Dalam pada itu, berita baik disampaikan penganjur, 10 skrip terbaik akan dipilih, yang mana empat daripada 10 itu akan mendapat durian runtuh RM1,000 setiap seorang dan baki yang enam lagi dinilai sebagai saguhati menerima RM100 setiap seorang.

“Jumlah skrip semuanya 22 yang dihantar terdiri daripada pelbagai latar belakang. Bukan semuanya ahli IKRAM. Ada yang telah berpuluh tahun dalam bidang penulisan skrip ini,” jelas beliau lagi.

Tambahnya lagi, seminggu kemudian iaitu pada 6 Oktober 2017, empat orang ahli PenaWan dipanggil hadir menerima keputusan di FPI bersama peserta-peserta yang disenarai pendek yang lain.

“Teringat akan pesanan Ustazah Maznah Daud dalam salah sebuah pehimpunan IKRAM peringkat nasional, antara ciri-ciri kemenangan ialah merebut peluang yang ada di hadapan mata,” ujarnya berkongsi tip-tip buat Wanita IKRAM.

Beliau berkata, belum cuba belum tahu.

“Ya, redah sahajalah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.”

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dr. Umi menyeru orang-orang muda supaya memenuhkan dan memeriahkan ketandusan penghasilan skrip filem, drama yang mesra dan patuh syariah.

“Saya sudah menghampiri kategori warga emas, dua tahun saja lagi. Hanya mampu merintis jalan. Jom! Ayuh! Sambut seruan dan atasi cabaran bersama PenaWan.”

Turut hadir dalam majlis tersebut jurulatih bengkel yang juga penulis skrip terkenal, Tn. Hj. Zabidi Mohamed dan Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM.

Last modified on Monday, 09 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!