wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 ربيع الأوّل 1439   |   Thursday November 23 2017


SERI KEMBANGAN - Menerima khabar duka bekas pelajar terbaik SPM 2003, Almarhum Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid, 31, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak pada Isnin lalu, kisah pelajar cemerlang ini tersebar luas dan menjadi bualan.

Ini termasuklah status coretan kenangan manis bekas naqib usrahnya di Kuala Selangor yang dinaikkan dalam laman facebook IKRAM Perak semalam.

“Kita menjadi saksi dia adalah akh yang sangat baik. Sekadar coretan kenangan untuk seorang sahabat yang pergi dalam usia yang muda. Lumrahnya air mata mengalir saat mengingat sahabat yang dikasihi.”

Beliau dimaklumkan bahawa Dr Atiq dan beberapa orang lagi doktor muda yang baru balik luar negara dan melakukan internship (HO) di Hopital Klang pada masa itu untuk mengikuti usrah, yang mana akhirnya ramai berpindah dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, tetapi tidak dengan Dr Atiq.

“Dalam usrah, dia dikenali sebagai budak bijak Stabilo.”

Mengimbas kenangan lalu, bekas naqibnya berkata kenangan manis masa usrah sekali dengan Faizul, Faizal dan Aiman.

“Dua perangai Atiq (yang beliau masih ingat), dia tidak akan miss tiga usrah berturut-turut walau sibuk macam mana pun dengan intern. Jadi, satu yang biasa, Dr Atiq akan datang usrah dalam keadaan sangat letih. Cuma untuk tidur, berbaring sebelah kami yang sedang berusrah dan bangun apabila usrah selesai.”

Beliau menambah, kehadirannya memberikan keberkatan walaupun sekadar untuk tidur.

“Dalam usia yang muda, dia menanggung banyak hal termasuk menjaga ibu dan adik-adik tiri yang masih kecil setelah ayahnya meninggal dunia.”

Dalam pada itu, beliau menerangkan, antara sifat Dr Atiq yang ketara, dirinya suka bersyura (berbincang) dan tidak terkecuali dalam hal-hal peribadi seperti membeli kereta, hendak tinggal di mana dan sentiasa memenuhi permintaan orang lain.

“Setelah berpindah ke Kuala Kangsar, Cikgu Adlan menjadi naqib barunya, prosesnya berjalan dengan sangat mudah. Dr Atiq bekembang menjadi tenaga yang baik untuk IKRAM Negeri Perak.”

Melalui status tersebut, beliau turut berkongsikan kenangan terakhir berpeluk dengan Dr Atiq iaitu pada ketika program khidmat masyarakat i-Bantu di Ipoh dahulu.

“Lama dah (kenangan itu). Tapi dalam group bacaan Quran harian kami, selepas beberapa tahun group itu diwujudkan, ramai ikhwah tidak lagi aktif, sahabatku Dr Atiq  ini, tetap melaporkan bacaan hariannya. Kali terakhir pada Rabu, 20 September 2017.”

Beliau berkata, rupanya itulah laporan terakhir sebelum Dr Atiq pengsan dan terus pergi dan tidak kembali lagi.

“Slogan tiada hari tanpa Quran, dipegang erat olehnya. Sampai saya pun jadi malu. Zahirnya kau anak usrahku, hakikatnya kaulah guru dan naqibku.”

Jenazah Dr Atiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh selepas Zohor pada Selasa lalu. Allahyarham meninggal dunia pada 10.10 malam Isnin di sisi ahli keluarga.

Bertugas di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor, dan muncul pelajar terbaik SPM selepas memperoleh keputusan 15A pada 2003.

Graduan University of Nottingham, United Kingdom itu juga adalah Pengerusi IKRAM Health Negeri Perak dan aktif dalam aktiviti tarbiah, dakwah dan kebajikan masyarakat.

Almarhum meninggalkan isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi serta dua anak.

Last modified on Wednesday, 27 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd