wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 3 ربيع الأوّل 1439   |   Wednesday November 22 2017

BANDAR BARU BANGI - "Penjualan pek rokok 'kiddie pack' telah dikenal pasti dijadikan 'umpan' industri rokok untuk meluaskan pasaran produk mereka kepada kanak-kanak dan remaja," kata Dr. Mohd Afiq Mohd. Nor, Setiausaha Kehormat Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Dalam sidang media gabungan lebih 19 NGO termasuk kumpulan media sosial membantah cadangan penjualan rokok 'kiddie pack' semalam jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyuarakan kebimbangan bahawa ia merupakan salah satu strategi pemasaran industri rokok agar mampu dibeli oleh golongan tersebut.

"Negara-negara jiran seperti Brunei, Kemboja, Laos, Singapura dan Vietnam juga telah mengharamkan produk pek rokok 'kiddie pack' ini daripada dijual di pasaran negara mereka kerana polisi mereka untuk melindungi kanak kanak daripada ancaman rokok."

Oleh itu, tegas Afiq, jika kerajaan membenarkan kembali penjualan rokok 'kiddie pack', ia adalah merupakan satu langkah terkebelakang seterusnya bertentangan dengan semangat Artikel 16 dalam WHO Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2005.

Pek rokok 'kiddie pack' merupakan istilah yang digunakan industri rokok untuk pek rokok yang mengandungi kurang dari 14 atau 20 batang rokok.

Nama lain yang terkini cuba dibawa oleh mereka adalah 'mini pack', sebagai ganti bagi pek yang sama dalam usaha untuk mengelirukan masyarakat.

"Pek rokok ini kebiasaannya lebih kecil, tampak menarik dan comel, lebih mudah dibawa dan disimpan dan lebih mampu dimiliki termasuklah kanak kanak."

Tambahnya, satu kajian ringkas secara atas talian yang telah dijalankan oleh facebook Public Health Malaysia baru-baru ini mendapati lebih 1,400 orang menolak cadangan penjualan rokok 'kiddie pack' berbanding hanya 550 orang yang menyokong.

Beberapa persatuan peniaga runcit dan pengusaha restoran telah membuat tuntutan bahawa penjualan pek rokok ini akan dapat membantu kerajaan membanteras penjualan rokok haram atau seludup yang kononnya kini semakin meningkat di dalam pasaran negara.

Hakikatnya, ujar Afiq, penjualan rokok kiddie pack ini langsung tidak akan dapat membantu untuk mengurangkan aktiviti penyuludupan rokok haram sebaliknya akan membuka peluang kepada bukan perokok, remaja dan kanak-kanak untuk mendapatkannya dengan lebih murah.

"Bahkan rokok-rokok seludup juga akan semakin bertambah mudah dan murah untuk dimiliki kerana semestinya para penyeludup ini akan menurunkan harga yang lebih kompetetif berbanding rokok biasa."

"Apa yang lebih baik untuk membanteras aktiviti ini adalah dengan memperkasakan penguatkuasa agar lebih berintegriti, meningkatkan hukuman kepada para pesalah dan melaksanakan perlesenan yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada para penjual rokok."

Dengan itu jelasnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan menjadi lebih terkawal dan efektif seterusnya membantu mengurangkan pemasalahan penjualan rokok seludup di negara kita.

Penjualan rokok 'kiddie pack' telah diharamkan sejak 2010 lagi, setelah bertahun-tahun lamanya pelaksanaannya ditunda berikutan tekanan daripada industri rokok.

NGO-NGO yang turut hadir dalam sidang media itu antaranya Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), National Cancer Society of Malaysia (NCSM), Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), ABIM dan I-Medik.

Gabungan NGO-NGO ini juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bantahan cadangan penjualan rokok 'kiddie pack' yang akan diserahkan kepada PM kelak di pautan berikut: http://bit.ly/bantahkiddiepack

Last modified on Tuesday, 19 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd