wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 ربيع الأوّل 1439   |   Thursday November 23 2017

SERI KEMBANGAN - "Kami hadir untuk memperjuangkan masa depan anak watan agar anak-anak kita terdidik dengan adab mulia, tidak terpengaruh dengan politik toksik yang perlu dihentikan dan tidak diasuh dengan rasa kebencian apabila kita berbeza pendapat," tegas Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM.

Menurut beliau, turut hadir dalam himpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' pada petang Ahad lalu adalah segelintir daripada kelompok yang menyokong LGBT, yang juga rakyat Malaysia, berhimpun untuk tujuan yang sama membantah politik toksik lagi kotor.

"Kita tidak menyokong ideologi mereka tetapi tidaklah pula kerana kehadiran mereka, semua yang hadir dipandang jijik dan ditamsilkan dengan perumpamaan yang tidak selayaknya," jelas beliau yang memberi respons terhadap NGO Alifbata Srikandi Masyur dan pihak-pihak lain yang mengaitkan himpunan itu dengan golongan tersebut.

"Kami juga tidak pula melabel, mengulas atau menghukum yang tidak hadir seperti NGO Alifbata sebagai yang menyokong atau redha dengan politik toksik atau tidak mempedulikan masa depan anak watan."

"Kita berhak mengambil pendekatan berbeza, namun pada masa yang sama menghormati perbezaan tersebut."

"Perpaduan yang kita perjuangkan adalah termasuk dalam meraikan perbezaan dan bukan hanya perpaduan dikalangan yang sentiasa sependapat," sambung Che Asmah.

Tambahnya, perhimpunan yang diadakan itu bukan perhimpunan untuk menyokong agenda COMANGO atau SIS.

"Perhimpunan aman ini adalah untuk menyatakan bantahan daripada kaum wanita membantah politik toksik yang bersifat menghina wanita, bersifat seksis, tidak beradab, bersifat perkauman, menanam kebencian, menabur fitnah dan seumpamanya."

Daripada kenyataan Alifbata yang dibuat, ujarnya, ternyata NGO itu tidak hadir dalam perhimpunan tersebut dan tidak mengetahui situasi yang berlaku dan beliau yang hadir terpanggil untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Kata Che Asmah lagi, IKRAM memang kenal dan memahami tuntutan COMANGO dan SIS.

"Boleh dikatakan kami faham yang tersurat dan tersirat daripada Alif sampai Ya."

Jelasnya, IKRAM berbincang dengan mereka mengenai isu-isu menentang keganasan terhadap wanita, pembelaan ibu tunggal dan seumpamanya.

"Ada yang kita setujui dan ada yang berbeza pendapat."

"Kami engage dengan semua pihak untuk menyatakan pendirian kami berpandukan syariah dalam sesuatu isu tertentu."

Ketua Wanita IKRAM itu juga berharap agar diberi peluang untuk mengenali perjuangan NGO Alifbata dengan lebih dekat lagi dan dapat bersama-sama mendokong perpaduan ummah yang diperjuangkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN)

"Salam persahabatan daripada Wanita IKRAM. Mari kita sebarkan kasih sayang dan bukan kebencian atau penghinaan. Sama sama kita bina Malaysia menjadi negara rahmah dan sejahtera untuk semua."

Last modified on Wednesday, 13 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd