wrapper

Berita Terkini

الأحد 28 ربيع الأوّل 1439   |   Sunday December 17 2017

SERI KEMBANGAN - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan kempen MyKorban yang dahulunya dikenali sebagai Qurban Kasih Ummah buat tahun yang ke-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, kempen MyKorban tahun ini mensasarkan RM1.6 juta dan bakal dilaksanakan di 14 buah negara.

Negara-negara tersebut ialah Bangladesh, Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Malaysia, Myanmar, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam dan Yaman.

"MyKorban menawarkan dua pakej korban lembu dan empat pakej korban kambing," kata beliau semasa Sidang Media Pelancaran MyKorban 1438H di Ibu Pejabat MyCARE di sini.

Pakej-pakej tersebut ialah:

  • Pakej A (RM1,500) - Korban lembu di Palestin, Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman
  • Pakej B (RM480) - Korban lembu di pelbagai lokasi
  • Pakej W (RM590) - Korban kambing di pelbagai lokasi
  • Pakej X (RM1,100) - Korban kambing di Syria
  • Pakej Y (RM500) - Korban kambing yang dibekukan
  • Pakej Z (RM600) - Korban kambing yang ditinkan

Negara yang menerima manfaat pakej korban yang dagingnya ditinkan (Pakej Z) dan satu lagi pakej yang dagingnya dibekukan (Pakej Y) ialah Palestin, Syria, Iraq dan Lubnan.

"Kelebihan korban yang ditinkan ini ialah, ia boleh dijadikan stok makanan dalam waktu kesukaran juga boleh disimpan untuk tempoh yang lama walaupun tiada peti sejuk."

"Jadi ia sangat sesuai untuk dihantar ke kawasan yang bergolak dan khemah-khemah pelarian," tambah beliau.

Selain itu, MyKorban turut mengusahakan satu inisiatif jangka panjang, iaitu bagi membantu pendidikan umat Islam Vietnam.

Kutipan dana yang telah diterima telah dimanfaatkan untuk membeli dua lot tanah bagi tapak kekal Madrasah Darussalam, iaitu satu-satunya institusi pendidikan di Vietnam buat masa ini, yang dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran fardhu ain.

Sumbangan yang diterima juga turut dimanfaatkan untuk membiayai proses tukar milik tanah. Untuk memastikan kesinambungan pelajaran di madrasah tersebut, pembinaan satu bangunan empat tingkat telah dirancang. Dana berjumlah RM2 juta adalah diperlukan dengan segera.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi facebook MyKorban, hubungi 019-2276760 atau 011-1234 8212. Penyertaan korban dan aqiqah juga boleh dibuat secara whatsapp dan telegram.

Bayaran boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di Maybank (5642-5856-0698), CIMB (8602-135-592) dan Bank Islam (1209-2010-0349-04).

Sila hantarkan slip bank atau bukti pembayaran beserta nama penuh, alamat, no. hp, e-mel, pakej pilihan dan jumlah bayaran ke nombor tertera di atas atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Turut hadir beberapa wakil-wakil NGO pelaksana iaitu Mr. Ahmad Kayed (HRD Lebanon - Syria), Mr. Khaldun Mazhaji (CSSW - Yaman), Mr. Ziyad Shehada (PCOM - Palestin), Ibrahim Ali (Myanmar), Mr. Salah Adam (ISWO - Sudan) dan Pn. Quraisy (ACT - Filipina).

Last modified on Friday, 04 August 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd