wrapper

Berita Terkini

السبت 29 رمضان 1438   |   Saturday June 24 2017

 

KUALA LUMPUR - Bertemakan 'Journey to Jannah', Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC 2017) yang telah berlangsung pada 10 Jun lalu telah berjaya menghimpunkan 600 orang saudara baru. 

Menurut Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Nicholas Slyvester, majlis tersebut juga telah dihadiri hampir 100 orang peserta 'non-muslim' dan secara keseluruhannya kira-kira 1,100 orang telah mengambil bahagian.

"Alhamdulillah, program hari ini berjaya mencapai objektifnya, meraikan saudara- saudara baru, memberikan nasihat kepada mereka dan nampaknya mereka gembira dengan sumbangan yang diberikan," ucap beliau.

Malah, sumbangan yang diterima melalui program tersebut agak memberangsangkan.

"Sumbangan masih lagi masuk dan kita masih 'keep track', walau bagaimanapun ia telah mencapai lima puluh peratus daripada yang disasarkan," tambahnya.

    

MIPHC pada tahun ini telah dan akan diadakan di tiga belas tempat berbeza di seluruh negara dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama.

Ia akan disusuli dengan program 'Sedekah Ramadan' yang akan dijadikan platform untuk memberikan ruang kepada masyarakat bagi terus menyumbang.

"Ini akan membantu kita menggerakkan dua bidang utama iaitu bidang dakwah kepada bukan Islam dan sokongan kepada saudara baru."

Selain iftar, MIPHC yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini diisi dengan forum yang bertajuk "Membumikan Rahmah Membudayakan Dakwah" dan diserikan dengan persembahan artis Yasin Sulaiman.

Forum tersebut menampilkan tiga panelis iaitu Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman serta dua saudara baru iaitu Nur Warjeet dan Nurul Lim.

Info lanjut: FB HCF | Web: HCF

Last modified on Monday, 19 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd