wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 26 المحرّم 1439   |   Tuesday October 17 2017

 

PONTIAN - Peka dengan krisis kos hidup yang melanda rakyat, program pasar percuma, Ramadhan Raya Free Market telah berlangsung pada Sabtu, 10 Jun lalu di Dataran Surau Taman Sri Api-Api di sini. 

Bertemakan ‘Berkongsi rezeki Tanda Kesyukuran’, program inisiatif Wanita IKRAM Pontian dengan kerjasama Jiran Wanita Taman Sri Api-Api ini diadakan bagi mendekati kesusahan masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Selain meringankan beban, ia bertujuan untuk membudayakan ahklak mulia semasa berinteraksi dan membantu menangani krisis pembaziran yang berlaku dalam masyarakat.

“Pengunjung boleh ambil apa sahaja yang mereka mahu mengikut keperluan, hanya perlu minta izin, senyum dan ucap terima kasih,” ujar pihak penganjur.

    

Sumbangan pakaian, buku-buku dan aktiviti kanak-kanak

Rata-rata para pengunjung amat bersyukur dan menghargai usaha pihak penganjur mengadakan pasar percuma serta berharap dapat program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Sebelum program berlangsung, pelbagai sumbangan berupa makanan, pakaian, kasut, perkakas harian, alat tulis dan wang ringgit sumbangan orang ramai telah dikumpulkan oleh pihak penganjur.

Program yang bermula pada 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini dihadiri lebih 200 orang pengunjung, yang turut diserikan dengan acara-acara istimewa untuk kanak-kanak oleh aktivis IKRAM Junior.

Turut hadir memeriahkan program Yang Dipertua IKRAM Pontian, En. Amran Rahmat, Ketua Wanita IKRAM Pontian, Ustazah Mariah Ghazali dan Pengerusi Jiran Wanita Taman Sri Api-Api, Ustazah Hainorlina.

Info lanjut: FB IKRAM Pontian

Last modified on Wednesday, 14 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!