wrapper

Berita Terkini

السبت 29 رمضان 1438   |   Saturday June 24 2017

 

SERI KEMBANGAN - Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan telah mengesyorkan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) untuk menerima status perundingan khas daripada Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). 

“Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat Resumed Session of the Committee on Non-Governmental Organizations ke-20, yang berlangsung pada 22 hingga 31 Mei 2017 di New York,” lapor MyCARE.

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) merupakan komponen terpenting dalam kerja-kerja yang berkait rapat dengan ekonomi dan sosial, isu yang berkaitan dengan 14 agensi khusus PBB (seperti UNESCO, WHO, IMF, UNHCR dan banyak lagi), suruhanjaya yang berfungsi (Commission for Social Development, Status of Women dan banyak lagi) dan lima suruhanjaya serantau (ECE, ECA, ECLAC, ESCAP dan ESCWA).

“Ia berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu-isu ekonomi dan sosial antarabangsa dan untuk merumuskan cadangan dasar yang akan dibentangkan kepada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”

Dalam pada itu, MyCARE adalah antara 164 NGO seluruh dunia yang memohon untuk mendapatkan status perundingan khas daripada ECOSOC dalam mesyuarat pada kali ini.

“Dengan status tersebut, MyCARE akan lebih ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan supaya lebih didengari di pentas global,” ujarnya.

Menurutnya, antara kelebihan lain sekiranya MyCARE mempunyai status ini adalah boleh mengetengahkan analisa daripada pakar mengenai isu yang timbul, membantu dan memantau pelaksanaan perjanjian antarabangsa, boleh bertindak sebagai agen amaran awal sekiranya berlaku bencana dan banyak lagi.

Sejak 2010 sehingga Mei 2017, MyCARE telah menyalurkan bantuan lebih RM90 juta kepada mereka yang memerlukan di 21 buah negara.

Laporan bertulis mesyuarat ke-20 boleh diakses melalui https://www.un.org/press/en/2017/ecosoc6837.doc.htm

Info lanjut: FB MyCARE | Jom taja pek makanan dan hadiah raya untuk yang memerlukan: http://www.billplz.com/myramadan

Last modified on Friday, 16 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!