wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 26 المحرّم 1439   |   Tuesday October 17 2017

PAPAR - YB Datuk Hjh Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Papar telah menyuarakan rasa kagum beliau terhadap Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), yang disifatkan sebagai sebuah NGO yang unik.

Beliau menyatakan demikian dalam perbincangan semasa kunjungan hormat seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa IKRAM Putatan dan IKRAM Kota Kinabalu terhadap beliau di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Papar di sini pada Ahad, 23 April lalu.

Kunjungan ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara IKRAM dan wakil rakyat serta menawarkan kerjasama antara IKRAM dan wakil rakyat serta masyarakat di kawasan Papar dalam aktiviti-aktiviti IKRAM.

Dikongsikan juga dalam kunjungan ini adalah penerangan dan penjelasan mengenai peranan, fungsi serta aktiviti IKRAM dalam tiga bidang utama iaitu tarbiah, dakwah dan kebajikan.

 

Di samping itu, turut diperkenalkan adalah institusi dan agensi IKRAM yang terlibat secara langsung dengan masyarakat seperti MyCARE dalam aspek kemanusiaan, Hidayah Centre untuk dakwah dan i-Bantu dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Rombongan IKRAM yang diwakili Dr Hj Mingu Jumaan juga telah menjemput Datuk Rosnah untuk sama-sama terlibat dalam program IKRAM yang akan diadakan pada bulan Ramadan akan datang.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Datuk Rosnah turut menawarkan seorang wakil IKRAM untuk terlibat secara langsung dalam kumpulan yang menyantuni masyarakat dan IKRAM bersetuju melantik Puan Afizah Datuk Hj Shuhaibun sebagai wakil.

Pada penghujung kunjungan, rombongan IKRAM Putatan dan IKRAM Kota Kinabalu telah menyampaikan cenderamata kepada beliau termasuk rempah ratus hasil usaha salah seorang ahlinya di mana produk ini menarik minat Datuk Rosnah yang memuji usaha murni ahli IKRAM dalam bidang keusahawanan.

Last modified on Wednesday, 26 April 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd