wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019
Wednesday, 18 May 2016 08:00

Lahirkan pelajar bercirikan Islam

Rate this item
(1 Vote)

IKRAM Siswa Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah kelab yang digerakkan oleh mahasiswa di bawah naungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (daerah Sepang).

Pertubuhan ini bergerak atas dasar untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat kampus yang berlainan latar belakang, bangsa dan agama, khususnya dalam kalangan mahasiswa UPM itu sendiri.

Ia juga memfokuskan kepada dakwah dan pembangunan diri, berjalan seiringan sebagai tunjang utama dalam mencapai keharmonian dan toleransi antara satu sama lain.

Pengerusi Ikram Siswa UPM, Muhammad Redha Zahid berkata, sebelum bertindak sebagai Pengerusi Ikram Siswa (UPM), dia sangat aktif dalam aktiviti kampus, dalaman hingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya berpeluang untuk mengelola sebuah persidangan pertanian di peringkat antarabangsa yang melibatkan 17 negara.

"Pengalaman yang sangat berbeza semasa dalam Ikram Siswa UPM adalah cara pelaksanaan setiap program. Program yang dipraktikkan oleh aktivis Ikram Siswa (UPM) adalah berorientasi objektif dan bukan menumpukan kepada program semata-mata," katanya.

Tambahnya, banyak perkara dipelajari melalui pertubuhan ini, satu daripadanya melihat permasalahan dasar dan menyelesaikannya mengikut situasi semasa.

"Sekarang ini saya baru memulakan pekerjaan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia. Konsep ini banyak membantu saya menyumbang idea bernas dalam pekerjaan sebagai pegawai audit dalaman," katanya.

Pelbagai bentuk aktiviti dianjurkan dalam kampus mahupun luar kampus, meliputi segenap aspek kehidupan seperti kesukarelawan, khidmat masyarakat, kerohanian, akademik dan juga kebudayaan.

Pertubuhan ini juga bercita-cita melahirkan mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri keperibadian unggul mengikut acuan Islam dan mempunyai nilai moral tinggi, agar dapat menyumbang kepada negara, agama dan bangsa.

Setiap program yang dirangcang, perbahasan terperinci dilakukan oleh aktivis Ikram Siswa (UPM) supaya program benar-benar bermakna seterusnya menyelesaikan masalah mahasiswa.

"Ia bukan sekadar program yang hanya memenuhi takwim kampus tanpa arah tujuan. Sepatutnya program yang ingin dilaksanakan perlu memberi makna kepada masyarakat kampus, bukan program semata-mata.

"Selama empat tahun di kampus, kebanyakan mahasiswa melaksanakan program sebagai tradisi di kampus juga menyambung tradisi tersebut tanpa memahami tujuan utama dilaksanakan," katanya kesal.

Ikram Siswa (UPM) bergerak dalam rangka sebagai sekumpulan aktivis mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemasyarakatan serta pembangunan rohani dalam dan sekitar UPM.

"Seiring dengan moto UPM, “Berilmu, Berbakti”, kami galakkan mahasiswa untuk berbakti dengan apa sahaja yang mereka ada," katanya.

Kelab ini ditubuhkan pada Julai 2012 dengan ahli berdaftar, 57 orang. Kemudian bertambah dan kini mencecah 188 ahli terdiri dari pelbagai lapisan daripada pelajar asasi hingga ke peringkat ijazah kedoktoran (Phd). Penasihat kelab, Prof Madya Dr Norhasmah Sulaiman.

Sumber: Sinar Harian | 18 Mei 2016 | http://bit.ly/1R7Rdmt

Read 1923 times Last modified on Wednesday, 18 May 2016 16:43

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!