wrapper

Berita Terkini

الإثنين 20 ذو القعدة 1440   |   Monday 22 July 2019
Thursday, 31 March 2016 08:00

Ukir nama di Singapura

Rate this item
(1 Vote)

GOMBAK - Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan empat pingat perak dalam pertandingan Asian Youth Robotic Olympiad (AYRO) 2016 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan berjaya memenangi semua kategori dipertandingkan melibatkan penyertaan 23 sekolah membabitkan 163 peserta dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia sementara Myanmar sebagai pemerhati. 

Pingat emas diperoleh dalam kategori Maze Solving, Creative Robot dan Robot Theather Performance, manakala pingat perak pula kategori Brick Speed, Aerial Robot, Maze Solving dan Soccer.

Pasukan sekolah berkenaan turut memenangi anugerah khas dalam Animation Robotic yang dipersembahkan Multazam Mohamed Hanifa.

Pengurus pasukan, Nur Artika Abas berkata, pasukannya yang terdiri daripada 12 murid dari darjah 4, 5 dan 6 hanya membuat persiapan kurang dua minggu untuk menyertai pertandingan.

Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk pertandingan itu sebaliknya sekadar mahu menimba pengalaman memandangkan Kelab Robotik sekolah itu baru ditubuhkan sekitar tahun lalu.

“Tahun lepas kita ditawarkan menyertai pertandingan di Korea namun atas faktor kos dan jarak, kami tidak menyertainya. Januari lalu pula, kami sekali lagi terima tawaran bagi pertandingan Robotic di Singapura, jadi kami ambil peluang itu untuk timba pengalaman.

“Kami tak letak sasaran untuk menang memandangkan peserta lain ada yang berlatih antara tiga hingga empat tahun untuk pertandingan ini, sedangkan kami masih baru...kebanyakan murid tiada asas dan sertai kelab hanya atas dasar minat,” katanya.

Nur Artika berkata, kemenangan itu memberikan semangat buat pasukan sekolah bagi melakar lebih banyak kejayaan dengan menyasarkan beberapa pertandingan pada tahun ini dan berikutnya.

“Kita sasar mahu sertai setiap satu pertandingan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan universiti. Dalam masa sama, kami kena cari pelapis bagi menggantikan tujuh murid darjah 6 yang akan ke sekolah menengah tahun hadapan.

“Untuk pertandingan di Singapura sahaja sebanyak RM25,000 digunakan bagi kos perjalanan, pengurusan dan penginapan yang dibiayai murid sendiri dibantu PIBG, guru-guru, syarikat swasta serta orang perseorangan. Untuk kit robot dan drone setiap satu saja bernilai RM2,500,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Rufaydah Dr Maszlee berkata, memenangi dua pingat emas melalui kategori Super Maze Solving dan Robot Creative sememangnya tidak dijangkakan.

“Saya dengan kawan berlatih hanya dalam dua minggu saja melalui tunjuk ajar guru, jadi kami tak harapkan kemenangan, cukup sekadar mengutip pengalaman dan tengok kit dari negara lain.

“Tapi bila menang...kami jadi lebih bersemangat sebab usaha kami berbaloi selain dapat harumkan nama sekolah dan negara. Saya harap kemenangan ini jadi inspirasi kepada kawan-kawan lain untuk masuk bidang robotik sebab ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Tarikh: 21 Mac 2016
Sumber: Sinar Harian | http://goo.gl/yPJS4Y

Read 1355 times Last modified on Thursday, 31 March 2016 19:01

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!