wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019
Thursday, 21 January 2016 08:00

IKRAM gesa novel Pantai Kasih diganti bahan lebih sesuai

Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menggesa supaya novel Pantai Kasih, yang kini digunakan sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat di beberapa negeri, ditarik balik dan diganti dengan bahan lain yang lebih bersesuaian.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikannya, Prof Dr Omar Yaakob, berkata meskipun watak utamanya membawa nilai positif dan memaparkan kecekalan, novel yang disunting dan digunakan di sekolah itu tetap mempunyai unsur tidak sihat. 

"Budaya dan gaya hidup petugas hospital yang dipaparkan tidak realistik serta mengandungi penceritaan nafsu seksual yang keterlaluan.

"Ia tidak sesuai sebagai bahan pendidikan untuk remaja dalam Tingkatan Empat, malah kebanyakan guru tidak selesa menggunakannya sebagai bahan dalam kelas," katanya dalam kenyataan media kepada BH, di sini, hari ini.

Prof Omar berkata, panel penilai perlu melihat kembali proses cadangan, penilaian dan pengesahan sesebuah buku teks yang dilihat tidak efektif dalam mengesan serta menapis unsur negatif dalam naskhah ini sejak awal lagi.

IKRAM yang menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan unsur negatif dalam novel Pantai Kasih, mendesak pihak bertanggungjawab dalam urusan itu untuk meletakkan kriteria pembangunan nilai, jati diri, akhlak dan adab dalam pemilihan bahan pendidikan.

"Buku teks dan bahan pendidikan haruslah mampu memupuk nilai mulia, keperibadian terpuji serta cara hidup yang sihat dan sejahtera seperti ditunjukkan Rasulullah SAW, sahabat dan orang soleh.

"Generasi hari ini terdedah kepada pelbagai cabaran yang membawa kepada hedonisme dan merosakkan nilai serta jati diri. Justeru, bahan pendidikan formal harus berupaya membantu pelajar menghadapi cabaran.

"Ia juga perlu dalam usaha membentuk mereka dengan peribadi bersesuaian bagi pembangunan masyarakat dan negara," katanya.

Sumber: Berita Harian
Tarikh: 18 Januari 2016
Link: http://www.bharian.com.my/node/115680

Read 1807 times Last modified on Thursday, 21 January 2016 16:49

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!