wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019
Tuesday, 29 December 2015 08:00

Dakwah jalanan dekati bukan Islam

Rate this item
(0 votes)

JOHOR BAHRU - Hidayah Centre Johor mengambil pendekatan santai untuk berdakwah sempena Maulidur Rasul melalui Mega Street Dakwah (MSD) Johor 2015, di sini, semalam.

Pengerusinya, Dr Zulkifli Khair berkata, seramai 50 ahli Hidayah Centre negeri yang dibahagikan kepada 10 kumpulan menjalankan program berkenaan untuk berkongsi mengenai agama ini dengan orang bukan Islam.

Menurutnya, program berkenaan bermula dengan acara selawat di Masjid Taman Impian Emas sempena kelahiran Nabi Muhammad dan kemudiannya aktiviti dakwah dibuat di jalanan sekitar bandaraya ini.

“Sempena Maulidur Rasul, kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad dengan berselawat dan kemudiannya menjalankan aktiviti dakwah. Bagaimanapun pendekatan dibuat dalam MSD lebih santai untuk mendekati penganut agama lain.

“Ia dijalankan bertujuan meningkatkan keharmonian dan sifat saling menghormati antara masyarakat majmuk di negara ini sekali gus menyingkirkan salah faham terhadap Islam.

“Kita juga menggunakan istilah perkongsian kerana adakala istilah dakwah sering disalah anggap, selain menimbulkan kegusaran kalangan penganut agama lain. Justeru pendekatan santai dan turun di jalanan lebih mudah untuk kita berdakwah,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan dakwah di jalanan turut menarik minat individu bukan Islam mengetahui lebih mendalam mengenai agama ini.

Katanya, paling manis, ketika program dakwah secara jalanan diadakan sebelum ini berjaya menarik orang bukan Islam mengucapkan kalimah Syahadah.

“Mengenai MSD yang kita adakan, respons diberikan individu yang kami dekati amat positif. Namun ada juga yang tidak mengetahui apa sebenarnya Maulidur Rasul yang disambut umat Islam.

“Walaupun masih ramai tidak faham, namun melalui perkongsian ini diharapkan dapat membina hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, 25 Disember 2015
Link: http://bit.ly/1mN6PVv

Read 1847 times Last modified on Tuesday, 29 December 2015 17:33

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd